Malulah dengan teguran Allah! 

Salam ‘alaikum! 

Allahumma solli ‘ala sayyidina muhammad wa ‘ala ali muhammad.

Sayyidina Abdullah bin Mas’ud berkata, 
“Tatkala turunnya ayat,
أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَنْ تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُونَ
“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.”

[QS al-Hadid, 57:16]
Waktu itu baru EMPAT tahun kami masuk Islam. Namun Allah telah menegur kami dalam hal kekhusyukan solat. Kami pun kemudian keluar untuk saling menegur satu sama lain, dengan mengatakan, “Sudahkah kalian mendengar bahawa Allah telah berfirman, “Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah?” Salah seorang lelaki pun kemudian sempat terjatuh akibat menangis atas teguran Allah terhadap diri kami.”

Sahabat fillah..

Belum tibakah masanya untuk kita secara serius khusyuk dalam mengingat Allah?
Belum tibakah masanya untuk kita secara serius dan khusyuk dalam mengerjakan solat?
Belum tibakah masanya untuk kita secara serius khusyuk dalam berbuat kerja dakwah dan tarbiyah?
Belum tibakah masanya untuk kita secara serius khusyuk dalam belajar semata-mata demi agama Allah?
Belum tibakah masanya untuk kita secara serius dan khusyuk dalam meninggalkan hal-hal maksiat dan sia-sia kerana Allah?
Belum tibakah masanya untuk kita serius dan khusuk merasa malu pada Allah apabila mengaku sebagai penyembah Dia tetapi dalam masa yang sama kita masih lagi taat pada nafsu?

Rasailah bahawa Allah telah dan sedang menegur kita, meski hanya sekali!
Malulah atas teguran Allah!
Carilah Semula Hati Kita di mana Sebenarnya

Imam Abu Hamid Al-Ghazali berkata,
“Carilah hatimu di tiga tempat: pertama, ketika membaca al-Qur’an; kedua, ketika solat; ketiga, ketika mengingat kematian. Jika di tiga tempat tersebut engkau belum menemukan hatimu, maka mohonlah kepada Allah untuk memberimu hati, sebab engkau sedang tidak mempunyainya!”
Bayangkan, betapa syukurnya apabila kita berhasil menemukan hati kita di tiga kesempatan tersebut. Masih belum terlambat untuk kita mulakan transisi baru ke arah lebih baik. Kesempatan sudah diberikan dengan sangat luas. Segala pintu kebaikan sudah terbuka.
Carilah semula puncak kebahagiaan. Perbaiki dirimu daripada terus di azab kerana dosa-dosa kita.
Carilah sebuah hati untuk diri mu wahai diri………………
Jangan pernah putus asa menunggu di pintu, walaupun kita di tolak!

Wallahu’alam

Bukan semua benda….

Tengah jalan dengann member

Berdua.

Sorang nak pergi blok tutorial

Sorang nak pergi lecture hall.

Dah nak dekat dengan simpang, 

“Ok la bai.” Member dah lambai tangan. 
Mungkin bagi dia, aku perlu ikut jalan shortcut untuk ke blok tutorial. Dan dia perlu ikut jalan biasa untuk cepat sampai.

Aku teragak

“Eh aku nak ikut jalan ni la. Ada bumbung. Tak kena lalu padang.” Aku jawab sambil teruskan jalan disebelah dia. 

I did that purposely dengan niat supaya aku jalan dengan dia lebih lama, 

Extra 1 minit kot!

“La kenapa? Shortcut ikut padang je lah. Nak pegi blok tutorial kan?” Dia dah pandang aku pelik.

“Ha ah.” Aku pandang dia sambil garu kepala yang tak gatal. Duh. Aku nak jalan dengan kau la. Haha.

“Dahtu, ikut padang jelah. Dekat. Nak jalan jauh jauh buat apa?” Dia tayang muka confuse.

“Ha ah kan.” Aku hanya gelak kecil sambil cover. Cant think of other words. Dan akhirnya kaki membelok ke kiri, mengambil jalan shortcut.

“Okla baiii.”

“Okay.” 

Kepala tengah gasak fikir.

Ok this is the languange difference..

Ini la namanya bahasa manusia berbeza

Sape je nak expect orang pilih untuk lalu jalan yang lagi jauh semata mata nak jalan lebih lama dengan kita? 

Sometimes words are important

Maybe sometimes thats the only language that people could understand

Tapi kenapa nak keluarkannya begitu susah? 

.

.

Teringat perbualan dua hari lepas

Borak borak dengan member tentang quote yang dibaca

“Ko rasa orang takut tinggi tak?” Aku letak buku, pandang dia yang tengah khusyuk depan laptop.

“Ada la. Kan ada je orang gayat.” Dia jawab dengan muka confident. Mata masih lagi ditalakan pada laptop. 

“Betul ke tinggi yang dia takut? Kenapa dia takut tinggi?” 

Member aku senyap. Fikir ada la dalam 10saat.

“Sebab dia takut dia jatuh kot?” Dia meneka sambil kening terangkat. Kali ni matanya dialihkan dari laptop.

Aku tepuk meja

“Wowww terernya kau!”

“Oh betul ek?” Dia gelak dengan muka yang sedikit terkejut. Agaknya kuat sangat kot aku tepuk meja. 

“Aku jumpa satu quote ni….” Aku belek phone mencari the last two pages dari google book yang aku baca minggu lepas. “….No one is afraid of the height. They are afraid of the fall…” 

“Oh.. hmm. Betullah. Its the fall who make them fear” 

“No one is afraid to play. But they are afraid of… ha jawab”

“Afraid to… lose?” 

“Betullll. Wei kau penah baca ke ape?” 

“Mana adaaaa.”

“Ok next.. no one is afraid of the dark. They are afraid of?” 

Dia diam 5 saat.. 

“Hmm. Takut sebab uncertain? Afraid of uncertain” 

“Ni salahhh. Quote ni la. Tulis. No one is afraid of the dark. They are afraid of whats in it” 

“Ohh. Ok. Orang bukan takut gelap. Mungkin takut hantu”

Gelak

“Lagi?” Aku pandang dia yang semakin blend in dengan apa yang kitorang bincang. Excited pulak macam main game

“Last ni lain sikit. Malasla cakap”

“Apa?”

Aku gelak. Yang ni, nak baca kat quote pun tak sanggup. 

“Weh cepatlah.” Dia duk desak aku. Nak kena luku dia ni kekgi. 

“No one is afraid to say i love you. They are afraid of..” Aku angkat kening double jerk

“The reply?” Cepat cepat dia jawab.

Aku senyum

“The response.”

Betul la. Manusia ni banyak takutkan consequence of what will happen if they do this and that

End up, diorang tak buat apa yang sepatutnya dibuat.

Tak cakap apa yang sepatutnya dicakap

“No one is afraid of the height. They are afraid of the fall.

No one is afraid to play. They are afraid to lose.

No one is afraid of the dark. They are afraid of whats in it.

No one is afraid to say something. They are afraid of the response”

Selalu je baca, ‘some things should be left unsaid’. Yeah. Betul. Mana yang patut kita luah, luah la. 

Contoh dengan sahabat tadi, cakap je “weh aku nak jalan lama sikit dengan kau. Sukati la aku nak jalan jauh kepe. Just bear with me. Okay?”

Nahh.. Takpayah malu. 

“Jika salah seorang di antara kalian mencintai saudaranya hendaklah dia memberitahu saudaranya itu bahwa dia mencintainya.” (HR. Bukhari) 

Not all things should be left unsaid.

Not all things should be left undone.

Wallahu’alam

Memperbanyak mengingati mati

Salam ‘alaykum!

Memperbanyak mengingati mati itu adalah perkara yang sangat dituntut oleh agama dan amat digalakkan, kerana ia mengandungi berbagai-bagai faedah yang berguna. Di antaranya;

1. pendek harapan

2. zuhud di dunia

3. qanaah

4. cinta kepada akhirat

5. memperbanyakkan amal
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم ;

“Perbanyakkanlah mengingat-ingat tentang perkara-perkara yang menghapuskan kelazatan(maut).”

Tatkala baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم ditanya tentang orang yang pintar, siapakah dia di antara manusia? Jawab baginda: 

“Mereka itulah orang-orang yang banyak mengingati mati, dan sentiasa bersedia untuk menerima mati. Mereka itulah orang-orang yang pintar. Mereka telah kembali ke rahmatullah dengan membawa kemuliaan dunia dan kesejahteraan akhirat.”

Tapi…. Ingat mati dengan lisan saja pun tak guna. Takde erti menyebut-nyebut mati dengan lidah : “Oh aku akan mati! Oh aku takut mati!”

Tu takkan mendatangkan faedah pun walau kita sebut banyak kali.
Yang dianjurkan adalah ‘merenungkan keadaan orang yang menghadapi mati’.

Ya Allah bagaimanalah keadaan mereka? Bagaimanakah keadaanya kelak, apabila ia menghadapi semua itu? Bagaimana bencananya dan sakaratnya, serta menggambarkan sekali kedahsyatan yang akan ditanggungnya kelak di akhirat? 

Kemudian renunglah berapa lamakah lagi kita boleh hidup atas dunia ni? Bagaimana kesudahan kita? 
Nauzubillahi min dzalik. Moga kita mendapat kesudahan yang baik. 
Berkata setengah para salaf;

“Pilihlah segala perkara yang dapat mengingatkan kita kepada maut, dan teruskanlah perbuatan itu jika kita masih melakukannya. Sebaliknya jauhilah segala perkara yang menimbulkan perasaan benci kepada maut, dan tinggalkanlah ia jika kita masih melakukannya.”

Renungkanlah pesanan ini baik-baik, moga-moga Allah merahmati kita semua.

Takde seorang pun yang akan terlepas daripada maut, sebab maut tu sendiri sifatnya pedih dan pemisah antara manusia dengan kekasihnya dan segala kebiasaannya di dunia.

Apabila Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;

“Barangsiapa yang suka bertemu dengan Allah, maka Allah juga suka bertemu dengannya. Akan tetapi, barangsiapa yang benci bertemu dengan Allah, maka Allah juga benci bertemu dengannya.”

Mendengar sabda itu, Sayyidah Aisyah pun bertanya kepada baginda: “Ya Rasulullah! Kami sekalian memang benci kepada maut.”

Lantas dijawab oleh baginda;

“Sesungguhnya orang mukmin itu, ketika dijemput oleh maut digembirakannya dengan memperoleh rahmat Allah, maka ia pun amat suka bertemu dengan Allah, maka Allah pun suka bertemu dengannya. Manakala orang kafir pula, ketika dijemput oleh maut diberitakan kepadanya akan mendapat azab Allah, lalu ia pun benci bertemu dengan Allah, maka Allah pun benci bertemu dengannya.”

Dalam mensifatkan seorang mukmin yang tercinta sebagaimana tersebut di dalam sabdanya yang diwahyukan dari Tuhan, berbunyi : “Tiadalah hampir seorang yang mendekatkan dirinya kepadaKu…” dan seterusnya sehingga Hadis(Qudsi) itu berbunyi:

“AKU tidak pernah teragak-agak dalam sesuatu perkara yang akan AKU lakukan, seperti teragak-agaknya AKU untuk mencabut nyawa hambaKU yang mukmin yang bencikan mati. AKU tidak mahu menyusahkannya akan tetapi mati itu adalah pasti baginya.”

Tengok?

*emoji belon merah*

Betapa Allah ta’ala mensifatkan hambaNya yang mukmin itu bencikan mati, padahal imannya telah sempurna dan darjatnya pula tinggi di sisi Allah ta’ala

Moga-moga kita mendapat pengakhiran yang baik. Mati itu pasti, takde sorang pun yang dapat melarikan diri. 

Ingat. Dirimu sentiasa diawasi.
Wallahu’alam.

Bantu kami untuk kuat sepertimu!

Pagi tadi badan sangat lemah. 
Tercungap nak bernafas. 

Lepas telan ubat, minum air tawar, mata terpejam erat. 

Mungkin Allah nak suruh aku tidur dan banyakkan berehat.

Bila terjaga, baru sedar rupanya hari ini dah Jumaat.

Allahumma solli ala sayyidina muhammad, cepatnya masa berlalu.

Perlahan-lahan aku belek kitab Fadail Amal ini.

Satu hari baca satu hadis seperti Us.Ebit sarankan.

Susah nak buat. Tapi kena paksa diri sendiri.

Sebab satu ayat hadis itu menjadi nur cahaya yang menyinari hati yang gelap.

Hampir nak menitis air mata membaca doa sayu Rasulullah saw ketika berdakwah di Taif.

Baginda saw dihina, dicaci maki, dihalau, dipukul dan dilontarkan dengan batu.

Sehingga kedua-dua kasut Baginda saw dilumuri dengan darah yang mengalir.

Allahurabbi…sebak rasanya. Aku belum sampai tahap itu ya Tuhan..

Sambil itu Rasulullah saw berdoa,

“Ya Allah, kepada-Mu aku mengadu kelemahanku, kekurangan daya upayaku dan kehinaanku pada pandangan manusia.

Engkaulah Tuhanku. Kepada siapakah Engkau menyerahkan diriku ini? 

Kepada orang asing yang memandangku dengan penuh kebencian atau kepada musuh yang menguasai aku?

Sekiranya Engkau tidak murka kepadaku maka aku tidak peduli namun afiat-Mu sudah cukup buatku.

Aku berlindung dengan nur wajah-Mu yang menerangi segala kegelapan dan teratur di atas nur itu segala urusan dunia dan akhirat.

Aku berlindung daripada Engkau menurunkan kemarahan-Mu kepadaku atau Engkau murka kepadaku.

Kepada-Mu aku tetap merayu sehingga Engkau redha.

Tiada sebarang daya (untuk melakukan kebaikan) dan tiada upaya untuk meninggalkan kejahatan kecuali dengan bantuan-Mu.”

Subhanallah, betapa kudusnya doa Rasulullah saw.

Betapa tulusnya kasih sayang Baginda untuk umatnya.

Bahkan ketika malaikat menawarkan untuk menghempapkan gunung dan bukit ke atas orang yang telah melakukan sedemikian kepada Rasulullah saw, tidak pula Baginda menerima malah mendoakan mereka.

Kerana betapa besarnya CINTA yang ada di dalam jiwanya.

Allah ya Allah. 😥

Betapa malu membaca sirah Rasullah saw, aku sang daie sedikit diuji sudah rebah berkali-kali.

Betapa bukanlah mudah untuk berlapang dada dan memaafkan begitu sahaja pada orang yang menzalimi.

Tapi kerana itulah Rasulullah saw diutuskan untuk mendidik umat dengan kemuliaan akhlak.

Rasulullah terlebih dahulu menunjukkan contohnya walau Baginda sudah dijamin syurga, maksum bersih dari segala dosa.

Baginda saw telah melalui seribu satu keperitan jauh lebih hebat dan berat.

Hanya untuk menyampaikan kepada kita.

“Bersabarlah walau disakiti.

Bertabahlah walau dicaci maki.
Kuatkan lagi pergantungan pada Ilahi.

Teruskan berusaha sedaya upaya, solat, berdoa meminta kepada Allah saat diuji.”

Ya Allah, kuatkanlah keimanan kami, dan kumpulkan kami bersama orang-orang yang soleh.

Sehingga kelak kami dapat bertemu dengan Rasulullah saw.

Berjumpa dengannya, itulah pertemuan paling manis di akhirat nanti.

Amin ya Rabb.

Allahumma solli ala sayyidina muhammad.

Allahumma solli ala sayyidina muhammad.

Allahumma solli ala sayyidina muhammad.

Mari banyakkan berselawat.

Jangan lupa baca Al-Kahfi walau 10 ayat.

Sem 2.

Salam ‘Alaykum!
Alhamdulillah thummalhamdulillah dah habis cuti sem 1. Macam mana semua? Terutamanya ahli SAF sendiri, bagaimana dengan perancangan entum bersama sama biro masing masing untuk sem 2 ni?

Harap harap, sem 2 ini akan menjadi lebih baik dari dulu. Sem 1 dah thorbaik sangat dah! Cuma untuk sem 2 ni, harapnya momentum tu bukan saja dapat dikekalkan, malah ditingkatkan!

Insya Allah.

Oklah. Memandangkan sem 2 dah bermula. Esok kelas dah start. *mata keatas* Eh? Haha. Ok, kembali ke mood serius.

Sebelum kita bersiap siap untuk ke kelas esok hari, ana nak kita cuba muhasabah diri, renung balik, macam mana dengan pengurusan masa kita semasa sem 1 dulu?

Ok? Atau tak?

Imam Hassan Al-Banna pernah kata,
“Tanggungjawab yang ada sebenarnya melebihi masa yang ada”

Bermakna, kita boleh buat banyak perkara dengan masa yang ada.

Kadang kita banyak situasi macam ni,

“Haduuh, banyaknya kerja kena buat ni!”

“Tak siap assignment lagi ni. Macam mana ni?”

“Ingat nak buat ni tapi kena buat tu pulak”

Semua tu terjadi disebabkan oleh kita sendiri.

Suka tangguh kerja.
Banyak tidur.
Banyak pegang phone ( facebook, twitter, telegram, whatsapp, instagram dan macam-macam lagi).
MALAS.
Suka buat kerja tak faedah (tengok movie, lepak memanjang )
Dan macam-macam lagi.

Serius, kalau kita guna masa dengan baik, pre lab report untuk experiment ke 9 pun kita boleh siapkan. Tak payah tunggu hari esok nak hantar baru nak buat.

Fehfeh.

Bercakap tentang masa juga, selain dari berikan komitmen yang penuh kepada belajar, jangan lupa, wahai anda, tunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Maksud ana, selain rebut yang wajib, rebutlah yang sunat juga.

Jomlah sama sama mengimarahkan surau! Hehe.

Walaupun ana sendiri akui, surau kmkt ni nunn jauhhhh disana, tapi yakinlah, yakin, moga moga tiap titik peluh kita untuk berjalan ke sana, Allah pandang, Allah kira, Allah hitung. Dan ia takkan menjadi sia sia!

Hmm. Apa lagi ye pesanan dari penaja?

Hah! Semoga, start sem 2 ni kita mulakan dengan nafas yang baru, semangat yang baru. Moga moga perjuangan ini takkan menjadi perjuangan yang sia sia! Allahumma aminn.

Wallahu’alam.

 

EidulFitr!

Raya… Apa itu raya? Kalau ana tak beri tafsiran pun, antum antunna dah tentu tahu maknanya. Dan istilah disebalik perkataan ‘Raya’.

Hari raya Aidilfitri merupakan hari yang paling dinantikan oleh semua umat Islam tidak kira muda mahupun tua setelah sebulan menuai ibadah dibulan penuh barakah, Ramadhan. bagi meraikan kejayaan mereka, umat islam menyambut hari raya Aidilfitri dgn kemeriahan dan penuh kesyukuran kepada Allah..

Alhamdulillah.

Pada 22/7/2016, sambutan hari raya diraikan di Kolej Matrikulasi Kelantan dibawah anjuran SAF. Sambutan dihadiri felo-felo kolej yang kami sayangi, alumni alumni SAF yang kami hormati serta semua ME SAF. tak lupa jugak Sabahat sahabat biri SAF.

Sambutan ini bermula selepas selesai solat fardu Isyak bertempat di hadapan dewan Ibnu Yunis (DIY). Kemeriahan sambutan ini dapat disaksikan dengan kepelbagaian juadah yang disediakan oleh biro2 mengikut booth masing masing yang telah ditetapkan, kecerahan lampu warna warni menghiasi booth masing masing serta komitmen yang diberikan oleh semua.. Continue reading

JogTaz 1.0

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sejak dua menjak ini perkemebangan it dan teknologi sungguh pantas sepantas pantasnya namun perkembangan ini telah memberi kesan yang besar kepada nowadays human civilization.

Terutama kanak2 dan remaja masa kini.

Sebenarnya…

Ianya bergantung kepada diri sendiri bagaimana kita mengruskannya.. Of course laaa kan semua benda ade baik dan buruk, macam pisau. Canne kalau dunia ni xde pisau ? Amacam ? Waduh jauh pulak peginya.

Bertepatan dgn itu, Oleh itu Biro sukan Sahabat Al Fateh 2016/17  diketuai oleh Hazwan yang sungguh cakna dan prihatin.

Mereka telah Bertungkus lumus memikirkan bagaimana untuk membendung masalah diatas dari pejuang SAF Sehingga tercetusnya idea “JOGTAZ” yg berasal dari dua perkataan iaitu ‘Joging’ dan ‘Tazkirah’. Continue reading