Semua orang ada masalah. Takke?

Satu hari, saya bersembang dengan seorang kenalan. Wajahnya bersih, sentiasa ceria, dan sepanjang perkenalan saya dengannya, susah sangat mahu nampak wajahnya durja. Tetapi pada hari tersebut, sembang-sembang antara saya dan dia telah membawa kami membincangkan permasalahan masing-masing.

Dan rupa-rupanya dia sedang ditimpa satu ujian yang agak berat. Saya terkejut. Sebab nampak dia bersahaja aja, nampak ceria, senyum tak lekang, tidak kelihatan murung, wajah tidak mendung.
“Nampak okay aja enta.”

“Semua orang ada masalah Hilal. Nampak tak nampak sahaja. Tunjuk tak tunjuk sahaja. Kita semua teruji di atas muka bumi ini.”
Saya terangguk-angguk. Benar.
“Kita tak boleh paksa semua orang untuk bersikap tenang apabila ditimpa ujian. Sebab memang fitrah manusia akan rasa terbeban apabila diuji. Namun untuk diri kita sendiri, kita boleh semak kembali hubungan kita dengan Allah SWT, mencari hikmah di sebalik ujian, untuk menggapai kembali tenang dan mula menyusun gerak kerja untuk mencari penyelesaian. Jika kita tanam sikap tersebut dalam diri kita, insyaAllah, kita mampu hadapi masalah yang menimpa.”
Sekali lagi saya terangguk-angguk membenarkan. Kagum dan hormat saya bertambah kepadanya.
Semua orang ada masalah. Jangan fikir kita seorang sahaja ada masalah, dan rasa masalah yang kita hadapi ialah yang paling besar dalam dunia. Apabila saya teliti, masalah yang dihadapi rakan saya tidak kurang beratnya. Serentak itu saya muhasabah diri akan masalah-masalah yang saya tanggungi, tidak seberat yang beliau hadapi, tetapi saya sudah rasa masalah saya terlalu berat. Dan ketika inilah datangnya ‘klise’ dalam bermuhasabah, yakni masa itulah baru nak teringat saudara-saudara kita seperti di Palestin, Syria, Rohingya, yang mendepani masalah yang lebih besar, melibatkan nyawa, melibatkan kesengsaraan hidup tak kunjung sudah.
Masalah kita bukan masalah yang paling besar.

Semua orang ada masalah.

Dan kadang bila kita teliti masalah orang lain, leburkan sikap pentingkan diri sendiri, rasa rendah diri untuk ambil berat berkenaan orang lain, kita akan mendapat kekuatan untuk menghadapi masalah-masalah yang tertimpa ke atas kita.
Saya sangat percaya bahawa apabila Allah SWT menimpakan hamba-hambaNya ujian, Dia bukan membenci.
Pada saya, bala yang sebenar-benar bala ialah bala yang apabila Allah SWT turunkan ke atas kita bencana tersebut, kita dalam keadaan kufur dan derhaka, kemudian kita terus mati ketika itu juga akibat bala tersebut. Seperti yang diturunkan ke atas kaum-kaum terdahulu yang derhaka, Kaum Nuh, Kaum Lut, Kaum Salleh,  Kaum Syu’aib, seperti yang dikenakan ke atas Firaun dan Qarun, seperti yang tertimpa ke atas Abu Jahal & Abu Lahab. Setelah peluang demi peluang diberi masih berdegil, Allah timpakan azab, nyawa mereka terentap, mati dalam keadaan kufur dan pulang bertemu Allah dalam keadaan yang buruk, tempat mereka akhirnya pula di neraka. Na’udzubillahi min dzalik.
Jadi apabila Allah uji kita, dan kita masih dalam keadaan beriman kepadaNya, kemudian kita masih pula dapat meneruskan hidup, tandanya:
1. Allah nak bersihkan diri kita dari dosa-dosa.

2. Allah nak pertingkatkan keimanan kita.

3. Allah nak berikan kepada kita peringatan, agar kita lebih merapat kepadaNya, agar kita meninggalkan perkara yang dimurkaiNya.
Maha suci Allah SWT.
Akhirnya, kita memohon kekuatan kepadaNya jua untuk menghadapi segala masalah. Hubungan kita denganNya membuatkan kita kekal waras. Kerana akhirnya kita sedar, Pemilik Kekuatan ialah Allah SWT, dan Pemilik Ujian itu sendiri ialah Allah SWT.
Dan Allah SWT tidak akan sesekali menzalimi kita.
Semua ada hikmahNya insyaAllah.
Tak terlihat di dunia, kita pasti melihatnya di akhirat sana.
Untuk itu, kita berusaha untuk kekal tabah. Menangis mungkin menangis juga bila ditimpa musibah, merungut mungkin termerungut juga bila teruji, tetapi kemudian kita pujuk jiwa kita, bangkit semula, jalan terus.
Kerana kita beriman.

Kerana kita percaya.
“Sungguh ajaib orang yang beriman, sesungguhnya segala urusannya adalah baik, dan itu tidak terjadi kepada seseorang kecuali hanya bagi orang yang beriman. 
Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, maka demikian itu kebaikan buatnya. Dan jika dia mendapat kesusahan, dia bersabar, maka demikian itu adalah kebaikan buatnya.” Hadith Riwayat Muslim.
Muhasabah.
~ Hilal Asyraf(Official)

Wallahu’alam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s