EidulFitr!

Raya… Apa itu raya? Kalau ana tak beri tafsiran pun, antum antunna dah tentu tahu maknanya. Dan istilah disebalik perkataan ‘Raya’.

Hari raya Aidilfitri merupakan hari yang paling dinantikan oleh semua umat Islam tidak kira muda mahupun tua setelah sebulan menuai ibadah dibulan penuh barakah, Ramadhan. bagi meraikan kejayaan mereka, umat islam menyambut hari raya Aidilfitri dgn kemeriahan dan penuh kesyukuran kepada Allah..

Alhamdulillah.

Pada 22/7/2016, sambutan hari raya diraikan di Kolej Matrikulasi Kelantan dibawah anjuran SAF. Sambutan dihadiri felo-felo kolej yang kami sayangi, alumni alumni SAF yang kami hormati serta semua ME SAF. tak lupa jugak Sabahat sahabat biri SAF.

Sambutan ini bermula selepas selesai solat fardu Isyak bertempat di hadapan dewan Ibnu Yunis (DIY). Kemeriahan sambutan ini dapat disaksikan dengan kepelbagaian juadah yang disediakan oleh biro2 mengikut booth masing masing yang telah ditetapkan, kecerahan lampu warna warni menghiasi booth masing masing serta komitmen yang diberikan oleh semua..

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi, majlis hari raya ini berjalan seperti yg dirancanakan tanpa timbul sebarang perkara yg boleh mencacat celakan majlis..

Sesungguhnya, majlis sambutan ini membawa byk makna kepada semua dalam membina dan memupuk hubungan antara  sesama Ahli SAF dan juga lecturer…. semoga majlis sebegini dpt diadakan lagi pada hari akan datang..

Leave a comment