Dia yang bernama Istiqamah.

Salam ‘alaikum. Bismillahirrahmanirrahim.

ISTIQAMAH ni bukan satu perkara yang mudah.

Nak kekal dalam perubahan memang bukan satu perkara yang simple. Sebab, iman ni turun naik dan akan sentiasa turun naik. Dari awal kita hidup sampai kita mati, kita akan di uji.

Syaitan takkan putus asa nak sesatkan kita dan tenggelamkan kita dalam dosa sehingga kita lemas.

Kerana itu, sampai kita mati kita kena bertempur dan berperang dengan nasfu.

Persoalannya, macamana nak istiqamah?

KUNCI istiqamah adalah niat kita berubah itu jelas, terang dan suci, semata-mata kerana Allah. Bukan berubah kerana nak famous, bukan untuk nak kaya, bukan sebab nak followers, bukan sebab awek atau pakwe, bukan untuk nak kahwin, bukan untuk nak di sanjung dan di puji, bukan kerana terpaksa.

Tapi kerana Allah!

Orang yang ikhlas, Allah akan hadiahkan kepadanya ISTIQAMAH. Namun, istiqamah yang saya maksudkan bukanlah istiqamah dalam kebaikan. Kerana susah untuk kita kekalkan kebaikan kita 100%, kerana pasti ada masa turun dan naik. Tapi, istiqamah yang ialah ISTIQAMAH DALAM BERTAUBAT!

Walau kita sering jatuh, walau kita sering tersunggur, walau kita selalu gagal, dan berkali-kali hanyut, jangan putus asa untuk taubat, taubat, taubat, dan taubat.

Ingat..

“Yang di katakan istiqamah itu bukanlah istiqamah dalam kebaikan. Tetapi, istiqamah dalam bertaubat!”

Wallahua’lam

 

Semua orang ada masalah. Takke?

Satu hari, saya bersembang dengan seorang kenalan. Wajahnya bersih, sentiasa ceria, dan sepanjang perkenalan saya dengannya, susah sangat mahu nampak wajahnya durja. Tetapi pada hari tersebut, sembang-sembang antara saya dan dia telah membawa kami membincangkan permasalahan masing-masing.

Dan rupa-rupanya dia sedang ditimpa satu ujian yang agak berat. Saya terkejut. Sebab nampak dia bersahaja aja, nampak ceria, senyum tak lekang, tidak kelihatan murung, wajah tidak mendung.
“Nampak okay aja enta.”

“Semua orang ada masalah Hilal. Nampak tak nampak sahaja. Tunjuk tak tunjuk sahaja. Kita semua teruji di atas muka bumi ini.”
Saya terangguk-angguk. Benar.
“Kita tak boleh paksa semua orang untuk bersikap tenang apabila ditimpa ujian. Sebab memang fitrah manusia akan rasa terbeban apabila diuji. Namun untuk diri kita sendiri, kita boleh semak kembali hubungan kita dengan Allah SWT, mencari hikmah di sebalik ujian, untuk menggapai kembali tenang dan mula menyusun gerak kerja untuk mencari penyelesaian. Jika kita tanam sikap tersebut dalam diri kita, insyaAllah, kita mampu hadapi masalah yang menimpa.”
Sekali lagi saya terangguk-angguk membenarkan. Kagum dan hormat saya bertambah kepadanya.
Semua orang ada masalah. Jangan fikir kita seorang sahaja ada masalah, dan rasa masalah yang kita hadapi ialah yang paling besar dalam dunia. Apabila saya teliti, masalah yang dihadapi rakan saya tidak kurang beratnya. Serentak itu saya muhasabah diri akan masalah-masalah yang saya tanggungi, tidak seberat yang beliau hadapi, tetapi saya sudah rasa masalah saya terlalu berat. Dan ketika inilah datangnya ‘klise’ dalam bermuhasabah, yakni masa itulah baru nak teringat saudara-saudara kita seperti di Palestin, Syria, Rohingya, yang mendepani masalah yang lebih besar, melibatkan nyawa, melibatkan kesengsaraan hidup tak kunjung sudah.
Masalah kita bukan masalah yang paling besar.

Semua orang ada masalah.

Dan kadang bila kita teliti masalah orang lain, leburkan sikap pentingkan diri sendiri, rasa rendah diri untuk ambil berat berkenaan orang lain, kita akan mendapat kekuatan untuk menghadapi masalah-masalah yang tertimpa ke atas kita.
Saya sangat percaya bahawa apabila Allah SWT menimpakan hamba-hambaNya ujian, Dia bukan membenci.
Pada saya, bala yang sebenar-benar bala ialah bala yang apabila Allah SWT turunkan ke atas kita bencana tersebut, kita dalam keadaan kufur dan derhaka, kemudian kita terus mati ketika itu juga akibat bala tersebut. Seperti yang diturunkan ke atas kaum-kaum terdahulu yang derhaka, Kaum Nuh, Kaum Lut, Kaum Salleh,  Kaum Syu’aib, seperti yang dikenakan ke atas Firaun dan Qarun, seperti yang tertimpa ke atas Abu Jahal & Abu Lahab. Setelah peluang demi peluang diberi masih berdegil, Allah timpakan azab, nyawa mereka terentap, mati dalam keadaan kufur dan pulang bertemu Allah dalam keadaan yang buruk, tempat mereka akhirnya pula di neraka. Na’udzubillahi min dzalik.
Jadi apabila Allah uji kita, dan kita masih dalam keadaan beriman kepadaNya, kemudian kita masih pula dapat meneruskan hidup, tandanya:
1. Allah nak bersihkan diri kita dari dosa-dosa.

2. Allah nak pertingkatkan keimanan kita.

3. Allah nak berikan kepada kita peringatan, agar kita lebih merapat kepadaNya, agar kita meninggalkan perkara yang dimurkaiNya.
Maha suci Allah SWT.
Akhirnya, kita memohon kekuatan kepadaNya jua untuk menghadapi segala masalah. Hubungan kita denganNya membuatkan kita kekal waras. Kerana akhirnya kita sedar, Pemilik Kekuatan ialah Allah SWT, dan Pemilik Ujian itu sendiri ialah Allah SWT.
Dan Allah SWT tidak akan sesekali menzalimi kita.
Semua ada hikmahNya insyaAllah.
Tak terlihat di dunia, kita pasti melihatnya di akhirat sana.
Untuk itu, kita berusaha untuk kekal tabah. Menangis mungkin menangis juga bila ditimpa musibah, merungut mungkin termerungut juga bila teruji, tetapi kemudian kita pujuk jiwa kita, bangkit semula, jalan terus.
Kerana kita beriman.

Kerana kita percaya.
“Sungguh ajaib orang yang beriman, sesungguhnya segala urusannya adalah baik, dan itu tidak terjadi kepada seseorang kecuali hanya bagi orang yang beriman. 
Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, maka demikian itu kebaikan buatnya. Dan jika dia mendapat kesusahan, dia bersabar, maka demikian itu adalah kebaikan buatnya.” Hadith Riwayat Muslim.
Muhasabah.
~ Hilal Asyraf(Official)

Wallahu’alam.

Syaitan tahu kelemahan kita.

Salam ‘alaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

_”Syaiton itu mengalir dari tubuh badan manusia umpama aliran darah.”_

Maknanya apa?

Di setiap penjuru yang ada dalam tubuh badan manusia itu menjadi tempat untuk siasat oleh syaiton dimanakah letak kelemahan orang itu untuk syaiton masuk daripada pintu yang lemah itu. Ada orang yang kelemahannya pada harta. Syaiton masuk daripada pintu harta untuk punya sifat rakus. Untuk punya sifat tamak. Rompak rasuah apa sahaja! 

Ada orang yang kelemahannya adalah menghendaki tahta. Daripada pintu itu syaiton akan masuk. Syaiton akan hasut, buatlah apa sahaja, yang penting kamu dapat apa yang kamu inginkan! 

Ada orang kelemahannya melalui perempuan. Maka diganggu daripada pintu perempuan. Ada orang yang kelemahannya buang masa dengan komputer untuk beri komen. Berapa banyak orang yang habiskan masa depan komputer untuk cari pasal. Atau cari untuk hantam sana hantam sini dia komen! Terkadang sampai berjam-jam habiskan waktu di depan komputer phone gadjet untuk cari kesalahan orang.

*_”Syaiton pandai! Namanya saja sudah syaiton. Dia masuk melalui pintu yang dimana letaknya kelemahan ada pada manusia. Disitu syaiton akan masuk. Syaiton tidak punya kuasa atas manusia untuk melakukan jenayah langsung kepada manusia. Oleh kerana itu, Allah ketika mensifatkan syaiton sebagai was-was.”_*

 مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ ﴿٤﴾

Berlindung kepada Allah daripada bahaya was-was. 

Siapa yang dimaksudkan was-was?

Syaiton ..

Kenapa syaiton diberi nama was-was sebab syaiton hanya mengilhamkan, menipu, menyuarakan, meminta, merayu. Syaiton cakap saja. Tidak memaksa manusia untuk melakukan perlanggaran. Tapi syaiton hanya tipu saja. 

Dan syaiton cerdik licik. Dia akan kaji setiap manusia itu kelemahannya letak dimana. Tidak semua manusia boleh ditipu melalui oleh syaiton dari pintu yamg sama. Dicari titik kelemahan itu dimana, maka disitulah syaiton akan manfaat! 

*_”Orang yg cerdik pandai akan bermuhasabah akan dirinya dimana letak kelemahannya, disitu dia akan perkuat untuk tidak menjadi laluan syaiton ganggu masuk pintu tersebut..”_*

Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

WaallahuA’lam

Putus asa? 

“Kenapa apa yang saya minta, Allah tak pernah bagi?
Kenapa apa yang saya nak, lain pula yang saya dapat?
Kenapa saya sudah berdoa, dah buat kebaikan, tapi semakin ditimpa musibah dan dugaan yang berat?
Susahnya nak jadi orang baik!”
Suhaila agak beremosi.
Hannan tenang mendengar luahan tersebut.
Bukan sekali Suhaila mengeluh sebelum ini, sudah berkali-kali.
“Su, awak rasa kenapa Rasulullah saw susah payah pergi berperang?
Awak rasa, kenapa Rasulullah saw susah payah bangun malam, menangis berdoa untuk umatnya?
Awak rasa, kenapa Rasulullah saw diuji dengan pelbagai ujian hebat sepanjang hidupnya?”
Suhaila terdiam. Dia pandang wajah Hannan. Tertarik untuk mendengar lebih lanjut.
“Bukankah Rasulullah saw itu maksum? 
Bukankah Rasulullah saw itu kekasih Allah?
Kalau Allah begitu kasih dan cintakan Rasulullah kenapa menguji Baginda berat sekali?
Sepatutnya ringankan sedikit, bagi perjuangan Nabi saw mudah. 
Apa yang Rasul minta, sepatutnya Allah harus kabulkan segalanya tanpa syarat.
Sepatutnya Allah bagi kemenangan sepenuhnya kepada umat islam, tak perlu sampai mati dalam peperangan.
Sepatutnya Allah jangan sampai melukai hati Rasulullah saw dengan diambil orang-orang kesayangan anak isteri Baginda.
Tapi adakah begitu?”
Suhaila menjawab perlahan, 
“Ya, tidak begitu.. Kenapa Hannan?”
“Sebab Allah nak ‘beritahu’ kita agar kita faham.
Hidup di dunia ini lumrahnya ujian.
Semuanya diuji, hatta kekasih Rasulullah saw tak terkecuali.
Tapi apakah itu tanda Allah tak cintakan baginda? Tidak. ALLAH begitu cintakan Baginda saw.”
Hannan menarik sedikit nafas kemudian menyambung, 
“Sama juga dengan kita. 
Allah sangat cintakan semua hamba-Nya. Sebab Dia ciptakan kita. 
Kalaulah Allah nak bagi apa yang kita mahu, boleh saja sekelip mata.
Semuanya diperkenankan, semua yang kita minta dikabulkan, semuanya terbentang depan mata.
Contoh hari ini doa minta nak kereta, tak sampai 5 minit ting dah ada depan rumah.
Tak sempat kita nak doa panjang-panjang. Tak sempat kita nak sujud lama-lama. 
Semua dah Allah sediakan bahkan tanpa kita sempat doa. 
Nafas ini, tak mintak pun sebelum tidur, ‘ya Allah esok bagilah aku nafas lagi nanti mati kalau takde oksigen’.
Ada tak minta? Takde. Bahkan kita lupa sama sekali tentang itu.
Dan apa jadi bila semuanya mudah dan senang kita dapat tanpa mujahadah susah payah? 
Kita akan jadi kufur, kita susah nak syukur, kita akan sombong dan riak. Kita akan rasa kita hebat. Semua kita nak kita dapat.
Allahu, sedangkan Allah jadikan kita sebagai hamba yang tunduk khusyuk merendah di hadapan-Nya.
Sedangkan Allah jadikan kita untuk beribadah untuk-Nya di dunia.
Segala yang indah itu ada di syurga. Yang wajib Allah bagi balasannya kelak di syurga. 
Kita jadi baik untuk Allah, bukan untuk manusia.
Kita buat baik untuk gembirakan Allah. Bukan untuk manusia puji dan puja.
Dan pastinya jalan kebaikan orang-orang soleh itu semakin berat ujiannya.
Agar Allah tahu hati siapa yang sebenarnya beramal ikhlas pada-Nya.”
Suhaila tunduk sebak, mengakui segala yang dikatakan oleh sahabatnya.
“Ya, saya tamak, tak sabar dan tak redha untuk semua ujiannya hannan.”
“Kita sebenarnya bukan bersedih sebab apa yang kita hilang.
Kita sebenarnya bukan kecewa untuk segala kejahatan orang lakukan.
Kita sebenarnya bukan sedih sebab kata nista manusia.
Hanya kerana mungkin hati kita belum cukup utuh mencintai-Nya..
Jika sahaja sepenuh hati kita mengenal kasih sayang-Nya, kekuasaan-Nya, kelembutan-Nya, pasti hilang semua rasa sedih yang ada di jiwa
Kerana terpenuhi damai jiwa bersama cinta-Nya, janji-Nya yang Maha benar.”
Akhirnya mereka sama-sama menangis.
Hiduplah untuk cinta-Nya tidak akan pernah kecewa pada hidup yang sementara.
La tahzan. Jangan berputus asa pada rahmat-Nya. 

​AKHIRAT LEBIH UTAMA DARIPADA DUNIA

Salam ‘alaikum.

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam pembukaan surat al baqarah Allah mengatakan bahwa orang yang bertaqwa adalah mereka yang meyakini hal ghoib, yakni mereka yakin akan adanya kehidupan akhirat.
Dalam Al Qur’an surat Al-An’aam ayat 32 Allah mengatakan jelas bahwa dunia adalah tempat bersenda gurau belaka.

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُالْآَخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?”

Tapi terkadang kita terlena oleh kenikmatan dunia yang Allah berikan kepada manusia, sehingga kita lupa bahwa kampung akhirat itu lebih baik bagi kita yang mengetahuinya. Seorang muslim yang bertaqwa mempunyai visi mencapai kesuksesan akhirat, bukan kesuksesan dunia. Kalaupun ia sukses dalam hal dunia itu tidak lain sebagai wasilah agar mempermudahnya mencapai kesuksesan akhirat. Karena sejatinya semua keadaan di dunia adalah ujian bagi kita apakah dengan keadaan itu kita bisa mendekat padaNya.

dalam surat Ar Rum Allah mengatakan bahwa orang yang hanya mengingat dunia saja dan melupakan akhirat maka mereka termasuk orang yang lalai.

يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَاوَهُمْ عَنِ الْآَخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ

“Mereka hanya mengetahui yang lahir/material (saja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai.” (QS Ar-Ruum ayat 7)
Semoga kita bukan termasuk orang yang dibutakan oleh kenikmatan dunia sehingga akhirnya kita lupa bahwa ada kehidupan yang kekal yaitu kehidupan akhirat. Semoga apapun prestasi yang kita dapatkan di dunia ini bisa menghantarkan kita pada mengingat kematian dan mengingatkan kita bahwa ada kehidupan yang kekal yaitu akhirat. Smoga kita termaasuk orang yang akan selamat di akhirat nanti dan mampu bertemu dengan keluarga dan orang-orang yang kita cintai di syurgaNya. Aamiin…

“Kenikmatan tertinggi seorang muslim adalah ia berkumpul bersama orang-orang yang ia cintai di syurgaNya”

Subhanallah….

Wallahu’alam.

Dakwah itu untuk siapa? 

Terkadang aku merasakan da’wah menginginkan orang yang sempurna.
Terlalu sempurna.

Sehingga larut dalam rasa serba kurang.

Serba tak kena.

Dengan diri sebagai orang yang biasa.
Tiada pengaruh mungkin.

Tiada jawatan pun iya.

Tidaklah harta sebesar gunung Uhud yang tersimpan.
Memang kalau dihitung segala titik lemah. 

Aku sendiri pun tak sanggup.

Kerna tugas da’wah yang hebat warisan para nabi.

Hanya mampu dipikul oleh orang orang yang mulia.
Namun dari sini aku berfikir dengan iman,

Merenung dari kaca mata tarbiyah,

Aku tak boleh mengizin syaitan meracun aku 

Merasuk iman merobek jiwa.
Bukankah Dia telah memilih aku ?

Maka seharusnya aku memilih untuk menapaki tangga usaha.

Mencapai darjat tinggi di sisi Nya.

Walaupun belum dimahkotai kemuliaan.

Atas asbab lautan dosa.

Yang kuat geloranya.

Suatu ketika dahulu

Bahkan mungkin ketika ini

Namun aku yang sekarang

Sedang berubah dalam mujahadah

Menagih kasih sayang Allah

Untuk membawa manusia pulang 

Ke jalan Tuhan
Walau aku tak sempurna

Kerna hakikatnya da’wah bukan hanya dibawa oleh insan-insan mulia

Bahkan mereka yang gigih berlari, berjalan dan merangkak dalam usaha menjadi orang yang mulia. 
P/s: Do seek His help. Always and forever. He never forget His beloved servants. Trust me. Believe in Him. 

Wallahu’alam.

Malulah dengan teguran Allah! 

Salam ‘alaikum!

Allahumma solli ‘ala sayyidina muhammad wa ‘ala ali muhammad.

Sayyidina Abdullah bin Mas’ud berkata,

“Tatkala turunnya ayat,
أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَنْ تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُونَ

“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.”

[QS al-Hadid, 57:16]

Waktu itu baru EMPAT tahun kami masuk Islam. Namun Allah telah menegur kami dalam hal kekhusyukan solat. Kami pun kemudian keluar untuk saling menegur satu sama lain, dengan mengatakan, “Sudahkah kalian mendengar bahawa Allah telah berfirman, “Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah?” Salah seorang lelaki pun kemudian sempat terjatuh akibat menangis atas teguran Allah terhadap diri kami.”

Sahabat fillah..

Belum tibakah masanya untuk kita secara serius khusyuk dalam mengingat Allah?

Belum tibakah masanya untuk kita secara serius dan khusyuk dalam mengerjakan solat?

Belum tibakah masanya untuk kita secara serius khusyuk dalam berbuat kerja dakwah dan tarbiyah?

Belum tibakah masanya untuk kita secara serius khusyuk dalam belajar semata-mata demi agama Allah?

Belum tibakah masanya untuk kita secara serius dan khusyuk dalam meninggalkan hal-hal maksiat dan sia-sia kerana Allah?

Belum tibakah masanya untuk kita serius dan khusuk merasa malu pada Allah apabila mengaku sebagai penyembah Dia tetapi dalam masa yang sama kita masih lagi taat pada nafsu?


Continue reading